Khamis, 29 Mei 2014

Kuasa Minda + Usahawan Internet

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani







Kuasa minda. Ia sering diperkatakan oleh sesiapa pun. Kuasa minda bukan bermaksud minda itu mempunyai kuasa, tetapi ia boleh diprogramkan dan diperkasakan agar kita boleh hidup dengan baik.
Minda kita adalah kurniaan Tuhan yang tidak ternilai harganya. Ia umpama sebuah perisian. Sebelum mula berusaha dengan gigih untuk meraih sesuatu sasaran/matlamat, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah kita hapuskan virus-virus dalam perisian (minda) kita.

Di antara virus-virus itu adalah:

1. Mudah mengeluh.
2. Suka menyalahkan orang lain, walhal silap sendiri.
3. Sering berfikiran “ini payah, itu susah” dan tidak boleh buat.
4. Kerap membuat alasan.
5. Takut mencuba.
6. Terlalu risau walaupun mungkin perkara dirisaukan itu tidak akan berlaku.
7. Hanya memikirkan masalah.

Sebaliknya, kita install (isi) minda kita dengan pemikiran:

1. Segala cabaran boleh diatasi.
2. Sentiasa ada peluang untuk menyelesaikan sesuatu.
3. Kebanyakan perkara boleh dilakukan, dengan syarat ada ilmu.
4. Fokus pada usaha.
5. Berani melakukan sesuatu usaha yang baik.
6. Yakin dan percaya pada Allah dan diri sendiri.
7. Fikirkan penyelesaian dan jalan keluar.

Kita boleh mengisi minda kita (terutama minda bawah sedar) dengan pengisian yang baik, melalui cara-cara berikut:
  1. Berkawan dengan orang-orang berjaya dan positif.
  2. Membaca bahan-bahan bacaan yang baik, terutama perkataan-perkataan dan ayat yang positif.
  3. Sentiasa mengunjungi tempat-tempat yang baik seperti masjid dan majlis ilmu (kuliah agama, seminar, kursus, …).
  4. “Add” individu yang berperibadi baik di Facebook.
  5. Mendengar kata-kata yang baik seperti ceramah agama dan suntikan motivasi / pembangunan diri.
Tidak dinafikan, membangunkan (develop) sebuah minda yang “hebat” mempunyai cabaran tersendiri. Malah, setiap orang mempunyai latar belakang yang berbeza. Namun itu tidak boleh dijadikan sebagai alasan.

Sebenarnya, cabaran itulah yang akan mematangkan minda dan diri kita. Hayati dan selami setiap ujian yang dihadapi agar kita dapat pelajari sesuatu dan ubah diri dan minda kita sedikit demi sedikit (konsisten).

Senaman Otak

Otak adalah ciptaan Tuhan yang paling ajaib di dunia ini. Namun biasanya, ia tidak dapat digunakan sepenuhnya apabila kita (manusia) tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu, otak tidak mampu memproses dengan lebih “agresif” dan optimum. Maka kita hanya akan jadi manusia yang biasa-biasa sahaja.

Sebagai usahawan internet, mempunyai ilmu perniagaan, pengurusan dan pemasaran adalah satu perkara yang wajib. Ilmu ini boleh didapatkan melalui membaca buku, training dan kursus.

Daripada kebanyakan cara, membaca adalah salah satu cara yang paling menjimatkan wang dan tenaga. Bahan bacaan tidak semestinya buku, sebaliknya boleh terdiri daripada ebook, artikel,blog yang berinformatif dan lain-lain lagi.;)  


perkongsian ilmu dari :http://perniagaan-internet-era-kini.jomaffiliate.net

Moga menjadi ilmu yang bermanfaat  ;)

Salam kasih sayang dari saya untuk pembaca semua.

Perniagaan membuatkan aku benar benar tawakal kepada ALLAH SWT sebab REZEKI rahsia ALLAH SWT.

Jom Berniaga ... Berniaga Sunnah Rasulullah SAW.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan