Selasa, 21 Oktober 2014

Pengalaman Open Booth


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Teks                :  Raihan Ahmad
Gambar           : Persendirian
Catatan Entri   : 3

Alhamdulillah, satu pengalaman yang tidak boleh dibeli di mana-mana. Saya sangat teruja dengan pengalaman ini. berkolobarasi dengan team networking dari Tupperware , saya memberanikan diri mengorak langkah ke fasa perniagaan dengan membuka booth.

Gambar di atas adalah gambar anak kesayangan saya Soffiyyah. Sebagai ibu, semestinya saya mengutamakan KELUARGA dahulu. Dengan keizinan suami dan lafaz bismillah , saya akhirnya berjaya memecahkan rekod rasa malu saya. Bangga jugak lah. Bukan senang sebenarnya.

Pembelajaran saya dari perniagaan booth nie, satu yang saya boleh kongsikan adalah " kita belajar tentang PENOLAKAN " . Bila kita berniaga kita akan berjumpa dengan ramai kenalan baru. Pastinya suasana yang sangat mengusik hati. Pelbagai ragam pelanggan membuatkan kita terhibur.

Bermula dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang , booth kami beroperasi di siar kaki kedai Pasaraya Kassim. Kos sewaan adalah sebanyak RM 50.00. Kami berkongsi bertiga. Jualan masuk ke dalam jualan networking leader saya. Terima kasih kepada leadar saya yang memberi peluang kepada saya untuk menyertai booth ini.

Sebenarnya ini adalah fasa pertama saya di tahun 2014, Insha Allah , ada rezeki saya akan meneruskan usaha saya ini bukan hanya terhad pada produk tupperware tapi produk-produk hasil jemari saya sendiri.

Saya nak bina perniagaan yang saya design sendiri melalui pembelajaran, pengalaman dan minat. Dalam perniagaan bagi pendapat saya, MINAT itu adalah satu yang sangat penting. Tanpa minat kita mudah bosan. Bila bosan maka segala impian dan matlamat tidak dapat digapai.

Legasi R.A Niaga  mara ke hadapan , doakan saya berjaya mendaftarkan nama perniagaan saya ini di Suruhanjaya Perniagaan Awam. Aamin.

Hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran. Biar apa pun yang mendatang YAKIN lah bahawa kita semua ADA DIA yang SATU. Saya adalah saya, inilah usaha saya untuk menjadi hamba Allah yang BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.

Salam kasih sayang dari saya untuk pembaca semua.

Perniagaan membuatkan aku benar benar tawakal kepada ALLAH SWT sebab REZEKI rahsia ALLAH SWT.

Jom Berniaga ... Berniaga Sunnah Rasulullah SAW. 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan