Selasa, 14 Oktober 2014

TANGGA SAYA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Teks                :  Raihan Ahmad
Gambar           : Google
Catatan Entri   : 2



Catatan kali ini adalah berkaitan dengan TANGGA SAYA. Tangga ???

Ada apa dengan TANGGA SAYA. Pernah atau tidak kita memikirkan tentang tangga kehidupan kita. Di aras manakah kita berada...

Rumah tanpa tangga diibaratkan sebagai rumah yang tidak sempurna, sebab apa ? Mohon pembaca fikir-fikirkanlah. Sesekali kita kena gerakkan minda kita untuk berfikir secara kreatif. Jangan marah , gurau senda di alam maya. mesti ada pembaca yang mengatakan, kalau rumah moden mana ada tangga , apalah ... solusinya fikirkan rumah kampung nenek moyang kita zaman dahulu kala.

Jom tanya diri ... Anak tangga MANA kita dah CAPAI hari ini?

Saya ambil situasi diri saya sendiri ... saya memang suka mencari ilmu. Sebab itu hobi saya dari kecil sampai sedewasa ini saya suka membaca. Bukan nak membanggakan diri tapi itu lah saya. Memang minat sangat dengan buku dan ilmu.

Boleh dikatakan saya berada di zon selesa ... punya pekerjaan yang tetap. Tidak perlu bersusah payah lagi untuk menyambung pengajian saya. Setiap tahun akan ada kenaikan gaji tanpa perlu untuk saya bersusah payah ... Namun saya bertanya pada diri, adakah saya perlu hidup seperti ini sepanjang hayat. Hanya duduk di zon selesa saya sahaja ... TANPA PERLU MENCABAR DIRI SENDIRI.

Saya berfikir dan meneruskan pencarian tentang bagaimana SAYA NAK LEBIH BERJAYA ... Maka saya terjumpa tangga - tangga tentang TANGGA SAYA di bawah ini ... Jom sama-sama kita fikirkan dan perhalusi...

Apabila kita bertanyakan persoalan-persoalan tentang TANGGA-TANGGA SAYA ini kepada diri kita sendiri ... Semua jawapan ADA pada diri kita. NAK BERJAYA bukan satu perkara yang hanya boleh duduk di ZON SELESA, NAK BERJAYA kena ada ILMU, NAK BERJAYA ... MESTI USAHA DAN BERDOA SELALU.

SAYA NAK BERJAYA dalam KERJAYA saya , saya tak BOLEH hanya memiliki SPM. Saya kene gerakkan diri saya untuk mencapai apa yang saya telah CATATKAN DALAM DIARI IMPIAN SAYA.



1. Saya TAKKAN buat

Inilah jawapan saya pada diri saya tentang TANGGA SAYA yang pertama ... Saya TAKKAN buat ... Saya tanya pada diri saya ... kenapa saya TAKKAN buat untuk menyambung pengajian... Apa alasan saya ... Sebab apa ??? Saya nak berjaya kan ... Kalau setakat SPM ada ke orang nak pandang awak Raihan oiii ... Raihan, awak nie takde usaha ke nak majukan diri, awak kene berani untuk mencabar diri awak untuk sambung pengajian... Ilmu dapat dan AURA orang BERJAYA pun dapat. Awak tak nak ke naik pentas ambil Scroll mcm org lain ... kannn best tuw ... Bukan nak ambil Scroll aje tapi sebagai kebanggaan KELUARGA. Tak Nak ke??? Jadi saya hapuskan perkataan TAKKAN dengan beraninya mendaftar di UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA dalam bidang PENGAJIAN SUMBER MANUSIA.

Mula-mula masuk saya kene ambil subjek ORAL SPEAKING IN ENGLISH. Saya rasa nak pengsan sebab saya nie manalah tahu sangat bercakap dalam Bahasa Inggeris. Tapi sebab saya kene ADA JIWA BESAR maka USAHA pun kene BESAR jua ... walaupun tergagap-gagap, saya teruskan langkah dan sekarang , Alhamdulillah, berada pada tahun-tahun terakhir pengajian.

Untuk tangga-tangga SAYA seterusnya, biarlah segala jawapan hanya saya dan DIA sahaja yang tahu. Inilah serba sedikit perkongsian saya untuk pembaca berkenaan TANGGA SAYA.

Cubalah fikirkan dan perhalusi tentang TANGGA SAYA ini ...Moga pembaca menemui langkah pertama untuk menjadi orang yang LEBIH BERJAYA, Insha Allah.

Doakan kejayaan saya... dan jangan lupa tangga-tagga seterusnya di bawah ini ...

2. Saya TAK BOLEH buat



3. Saya NAK buat



4. BAGAIMANA saya nak buat ni?



5. Saya akan CUBA buat



6. Saya BOLEH buat



7. Saya AKAN buat



8. Saya BERJAYA



Salam kasih sayang dari saya untuk pembaca semua.

Perniagaan membuatkan aku benar benar tawakal kepada ALLAH SWT sebab REZEKI rahsia ALLAH SWT.

Jom Berniaga ... Berniaga Sunnah Rasulullah SAW. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan