Khamis, 6 November 2014

REDHA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Teks                   : Raihan Ahmad
Gambar            : Google
Catatan Entri   : 4





Catatan kali ini adalah berkaitan tentang REDHA. Satu perkataan tapi sebenarnya sesuatu yang sangat-sangat susah untuk kita laksanakan.

Tidak Percaya?

Mari kita sama-sama pejamkan mata sejenak. Bayangkan kita berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang , kita letih, lapar,sakit,haus dan bermacam-macam lagi keadaan yang menyakitkan. Tanamkan apa yang kita rasa semuanya di dalam hati dan tiba-tiba datang sekumpulan musafir lalu dan membiarkan keadaan kita tanpa ada belas ehsan untuk membantu, padahal mereka mampu sahaja untuk membantu. Apa yang akan ada dalam hati kita. Redha kah anda dengan perlakuan kumpulan musafir itu.

Biasanya apabila kita disakiti, bukan mudah untuk kita redha dengan apa yang terjadi dalam kisah-kisah hidup kita. Kita mesti asuh dan didik hati yang ada dalam roh kita untuk belajar erti redha.

Sekarang ini saya sedang belajar mendidik hati saya untuk redha dengan segala perbuatan seseorang pada saya. Saya katakan , sangat sukar sebenarnya. Sangat-sangat sukar. Sebab itu pahala bagi mereka yang redha , sangat besar.

Seseorang yang boleh saya katakan teman saya. Teman yang saya kenali dari awal usia belasan tahun. Mengkhianati kepercayaan yang saya beri. Boleh dikatakan membawa kepada hancurnya hati saya. Saya mungkin boleh tersenyum dan hidup seperti biasa, namun kesan perbuatannya membawa impak yang sangat besar dalam diri saya.

Mula-mula apabila saya tahu akan perbuatannnya, saya menangis dan terus menangis. Saya kata pada diri saya, sampai hati dia sanggup menghancurkan hati saya ini.Walhal saya tidak pernah campur berkaitan keluarganya. Dia mengkhinati diri saya sehingga saya berasa saya ini dipijak-pijak oleh dia. Saya ini seolah-olah sampah yang sesuka hati boleh dibuang. Sakit pada diri saya, Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Hari demi hari saya berdoa agar saya mampu redha dengan perbuatan teman saya ini. Tapi saya tak mampu, sebab rasa sakit didada saya bukan mudah untuk sembuh. Perbuatan teman saya ini menjadikan saya hidup tanpa punya hati. Ibarat kata, hati saya telah mati. Saya tidak tahu , bagaimana untuk melakarkan segala kesakitan dicatatan saya ini.




Daripada semua kisah kesakitan saya ini, saya bangkit membuktikan bahawa saya ini insan luar biasa dan istimewa. Orang boleh sakiti saya namun mereka tidak boleh buat saya putus asa. Saya berani melangkah denga lafaz Bismillah, berjuang dalam bidang yang sangat saya minati iaitu perniagaan. Inilah hikmah di sebalik kisah duka.

Saya selalu berfikir, memikirkan penyelesaian daripada masalah bukan memikirkan masalah dengan masalah. Hidup harus diteruskan. Biar hilang seorang teman. Alhamdulilah , Allah SWT bagi saya team-team perniagaan yang mempunyai AURA SEORANG JUTAWAN.

" Hidup ini sangat INDAH sebab Aku Ada ALLAH SWT" Raihan Ahmad berjuang untuk matlamat hidup nan satu iaitu Syurga Allah SWT. Insya Allah. Aamin.





Salam kasih sayang dari saya untuk pembaca semua.

Perniagaan membuatkan aku benar benar tawakal kepada ALLAH SWT sebab REZEKI rahsia ALLAH SWT.

Jom Berniaga ... Berniaga Sunnah Rasulullah SAW. 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan