Jumaat, 7 November 2014

RICH DAD'S

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Teks                   : Raihan Ahmad
Gambar            : Google
Catatan Entri   :5





Alhamdulillah. Membaca jambatan ilmu. Ini adalah koleksi terbaru bahan bacaan di rak buku Raihan Ahmad. Kepada penggemar buku, sudah tentu buku ini antara bahan bacaan yang seronok untuk dibaca.

Kita selosori apa yang terkandung di dalam buku ini.


  • Buku ini mempunyai bilangan mukasurat sebanyak 1- 546 
  • Mempunyai 4 bahagian yang terdiri daripada perkara-perkara berikut:
  1. BAHAGIAN 1 : LEVERAGE MINDA (Bab 1 - Bab 8 )
  2. BAHAGIAN 2 : LEVERAGE PERANCANGAN ( Bab 9 - Bab 13 )
  3. BAHAGIAN 3 : LEVERAGE TINDAKAN ( Bab 14 - Bab 20 )
  4. BAHAGIAN 4 : LEVERAGE LANGKAH PERTAMA ( Bab 21)
Kita mungkin tertanya-tanya kenapa di setiap bahagian itu ada perkataan " Leverage" . Kalau nak tahu sila berhubung dengan saya melalui aplikasi whatsapp di talian 013 3109360 , oppp!!! gurau senda di alam maya sahaja. Jangan marah. Baiklah, perkataan " leverage itu adalah berkaitan tentang KEKUATAN ATAU DAYA PENGUMPIL,PENUILAN,PENYUNGKILAN.

Apabila saya membaca buku biasanya saya lebih mudah tertarik dengan bahan-bahan bacaan yang membawa kita ke satu araf pemikiran yang kreatif dan bermotivasi tinggi.Gaya penulisan pula , adalah gaya penulisan yang santai seolah-olah antara kita dengan penulis seperti kita mendengar penulis bercerita dengan kita. Baru mata pun berasa segar bugar. Susah juga kan jadi penulis.

Dalam buku ini, dikatakan bahagian yang terpenting adalah di bahagian 1, iaitu bahagian "Leverage Minda" yang mempunyai 8 bab. Bab ini paling seronok sebab kita belajar bagaimana nak mengurus minda kita . Fikir mesti positif sebab hasilnya juga positif. Tidak percaya , jom baca buku ini.

Sebenarnya dalam bahagian 1 ini yang terkesan dan menjadi fokus saya ialah " KAMI BERSARA MUDA BAGI MENJADI KAYA" Anda berani nak bersara awal semata-mata untuk menjadi kaya dengan pilihan yang telah anda perincikan. Jika jawapan adalah "Ya" sila baca buku ini. Wah! siap buat promosi lagi.

Saya tidak mahu menulis terlalu panjang berkenaan buku ini. Saya baru sahaja bermula sebenarnya, Insya Allah , apa yang saya baca haruslah diterapkan dalam diri. Bukan mudah namun "Saya Mesti Cuba"







Salam kasih sayang dari saya untuk pembaca semua.

Perniagaan membuatkan aku benar benar tawakal kepada ALLAH SWT sebab REZEKI rahsia ALLAH SWT.

Jom Berniaga ... Berniaga Sunnah Rasulullah SAW. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan