Selasa, 8 September 2015

Peraduan dan giveaway


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Teks                : Raihan Ahmad
Gambar            : Koleksi gambar dari koleksi album ummi
Catatan Entri    : 12


Peraduan lagi sihat, lagi happy anjuran NESTLE


Wajah hari ini


Alhamdullilah, bertemu kembali di blog tinta ummi kisahku. Apa khabar semua ? Di doakan semoga sihat dan ceria selalu, Insya Allah, Aamiin.

Hari ini ummi nak sembang-sembang tentang peraduan dan giveaway.  Siapa yang memang suka sangat masuk peraduan-peraduan atau giveaway yang dianjurkan oleh syarikat atau perseorangan, sila senyum depan pc.

Baiklah, ini ummi nak kisahkan. Alkisah, En cikgu aka suami ummi, dia minta ummi tolong pos kan peraduan NESTLE baru-baru ini. Ummi pun poskan lah. Doa-doa moga dapatlah hadiah, Aamiin. Rezeki manusia siapa tahukan.

Pada pembaca-pembaca blog ummi yang singgah di sini, bolehlah join ramai-ramai. Mana tahu ada rezeki, dapatlah hadiah. Siapa yang tak suka dapat hadiahkan. Semua orang suka.


 Giveaway Goldbar 5 gram dalam proses

Ummi tengah berangan-angan nak buat giveaway kat blog kesayangan ummi ini. Ummi tengah kumpul sedikit maklumat dari blogger-blogger OTAI cara bagaimana blogger-blogger buat giveaway di blog mereka.

Doakan ummi berjaya jadikan angan-angan ini satu realiti. Ummi bukanlah kaya sangat, Alhamdullilah, ada rezeki lebih sikit nak kongsi dengan sahabat-sahabat ummi yang selalu singgah blog ummi dan sudi baca tinta-tinta tulisan ummi yang tak seberapa ini.

Selalu juga ummi terjumpa dengan blog-blog yang menganjurkan giveaway. Tapi ummi jarang untuk menyertai sebab kadang-kadang syaratnya terlalu ketat. Ummi ini kan budak baru nak belajar. Masih merangkak lagi.



Tiket bas 

Insya Allah, hari sabtu 12 hb September 2015 ummi dan anak ummi akan menaiki bas dari Sg Besar ke Klang. Ummi ini jarang naik bas. Sekali sekala, ada peluang ummi nak juga merasa. Seronok dan teruja ummi.

Doakan perjalanan ummi lancar, selamat pergi dan selamat balik, Insya Allah, Aamiin.

Sampai di sini dulu catatan ummi. Mohon undur diri dan moga berjumpa di lain catatan.


Salam kasih sayang dari ummi kisahku untuk pembaca semua.

Perniagaan membuatkan ummi benar- benar tawakal kepada ALLAH SWT sebab REZEKI rahsia ALLAH SWT.

Jom Berniaga ... Berniaga Sunnah Rasulullah SAW. 





Khamis, 3 September 2015

Berniaga nasi lemak depan rumah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Teks                : Raihan Ahmad
Gambar            : Koleksi gambar dari koleksi album ummi
Catatan Entri    : 11


Alhamdullilah, hari ini pagi-pagi lagi ummi sudah sarapan nasi lemak. Nasi lemak sotong goreng tepung, harga RM 2.00 makan sampai kenyang lepas itu senyum sorang-sorang sebab apa, sebab nanti badan pun naik. Salah siapa, salah kan diri sendiri ( Tergelak ummi)

Sembang-sembang kali ini, ummi nak kongsi idea berniaga nasi lemak dari depan rumah. Boleh ke ? Siapa berusaha pasti ada hasilnya. Walaupun mungkin secara kecil-kecilan, andai kita buat dengan betul, Insya Allah, pasti berjaya. Tak percaya ? Jom kita cuba.

Ibu saudara ummi sudah buktikan. Mula-mula dia berniaga nasi lemak dan roti canai hanya dari depan rumah. Lepas itu dari secara kecil-kecilan , sekarang ibu saudara ummi sudah berjaya membuka restoren di Seksyen 7 Shah Alam. Ummi lihat perniagaan makanan yang diusahakan berkembang dengan jayanya. Alhamdulillah. Dari tinggal rumah setinggan sekarang ibu saudara ummi sudah menetap di kediaman yang boleh dikatakan mewah. Rezeki pada mereka yang rajin berusaha.

Pernah tak dengar atau terbaca tentang nasi lemak warisan yang popular itu. Sampai pelanggan yang beli kene berbaris panjang. Nama pun nasi lemak warisan, pastinya bukan sehari dua perniagaan ini dijalankan. Mungkin awal-awal  perniagaan ini diusahakan ummi masih kecil lagi. Betul tak ?


Nasi lemak oh nasi lemak. Makanan kegemaran rakyat Malaysia.

Pada pandangan ummi, kalau kita nak masak atau berniaga nasi lemak, paling penting kita kena pandai masak nasi yang lemak dan harum . Lepas itu MESTI sambalnya kene terlajak sedap. Harus berguru dengan yang pakar.

Nasi lemak daun pisang pastinya menawan mata-mata yang memandang. Ummi pun suka. Sebab apa, rasanya lebih sedap dan seperti kembali ke zaman dulu kala. Zaman moyang-moyang kita. 

Teringat ummi dulu-dulu masa ummi sekolah darjah satu, hari-hari ummi beli nasi lemak kat kantin sekolah. Dulu harga sepinggan RM 0.20. Sekarang, sendiri kene fikirlah. Begitulah kisah nasi lemak. Senantiasa ada peminatnya walaupun harganya tidak seperti dulu.

Nasi lemak , inilah kisahnya versi ummi kisahku.

Salam kasih sayang dari ummi kisahku untuk pembaca semua.

Perniagaan membuatkan ummi benar- benar tawakal kepada ALLAH SWT sebab REZEKI rahsia ALLAH SWT.

Jom Berniaga ... Berniaga Sunnah Rasulullah SAW. 


Rabu, 2 September 2015

Tailor suri dari rumah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Teks                : Raihan Ahmad
Gambar            : Koleksi gambar dari koleksi album ummi
Catatan Entri    : 10


Jubah aka dress moden sentuhan jemari Tailor suri dari rumah


Jubah sentuhan jemari Tailor suri dari rumah


Tote bag dalam proses jahitan dari jemari ummi


Siap sudah, Singer menawan keluarga bahagia


Alhamdulillah, hari ini nak sembang-sembang tentang minat ummi yang satu ini. Siapa suka menjahit, sila senyum sorang-sorang. Pada mereka yang minat menjahit, memang seronok sangat apabila aura kerajinan menjahit itu datang melimpah ruah, sampai tidak tidur malam dibuatnya.

Ummi mula menjahit dari umur ummi masih remaja. Ummi suka menjahit, suka sangat-sangat. Masa kecil ummi suka jahit anak patung yang dibuat dari perca-perca kain. Senang aje. Apabila meningkat usia pula, ummi suka menjahit cadar- cadar katil single atau bujang. Pelamin ummi sendiri pun hasil sentuhan jemari ummi, kelasss tak ummi.

Terkini ummi suka nak jahit tote bag dan langsir sahaja. Dulu rajin jugaklah menjahit baju kurung, baju kurung moden, baju kemeja en suami ummi. Sekarang dah malas sikit. Kalau penyakit malas ini tiba jawabnya ummi tempah ajelah nampak gayanya. (Senyum sorang-sorang depan komputer , hai lah penyakit 'M' )

Dari mana kemahiran menjahit ummi datang ini. Mesti ada yang tertanya-tanyakan. Ummi mengambil kelas menjahit secara pembelajaran dari rumah , guru ummi iaitu Puan Fatimah yang merupakan bekas guru KEMAS dan ummi juga mengambil kursus-kursus jangka pendek yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Sabak Bernam.

Jangan tak tahu, ummi juga ada kemahiran menjahit manik dan labuci. Kursus menjahit manik dan labuci ini ummi berguru dengan sifu ummi yang tinggal di area Shah Alam. Yuran sahaja RM 250.00 untuk sehari belajar. Tapi menjahit manik dan labuci ini dah lama ummi tinggalkan, nak jahit untuk baju sendiri boleh lah. Ummi tak buka untuk tempahan. Sakit leher ummi asyik tunduk aje. ( Tergelak ummi )

Sebenarnya dengan minat dan bakat kita menjahit ini boleh dijadikan sebagai pendapatan tambahan kita. Contoh, kita mampu untuk menjahit sehari 3 pasang baju kurung yang mana harga upah RM 35.00 sepasang. Maka sehari pendapatan kita adalah RM 105.00. Sebulan kita menjahit khas untuk baju kurung lebih kurang 20 hari katakanlah. Sebab apa 20 hari, tailor suri dari rumah pun nak rehat jugak kan. 20 hari  di darab dengan RM 105.00, jumlah RM 2100.00. Lumayan jugak kan. Kalau kita tak usaha mana nak datang RM 2100.00 itu, betul tak ?

Bagi pendapat ummi, menjahit baju kurung pun kita sudah boleh jana pendapatan sampingan. Kita buat dari rumah sahaja. Tak perlu nak sewa-sewa kedai. Apa yang penting jaga niat kita. Jahit betul-betul, sambil menjahit kita berzikir. Rezeki dapat pahala pun dapat. Anak-anak tentunya ada di depan mata. 

Harap apa yang ummi kongsikan dalam sembang-sembang ummi ini ada manfaatnya pada pembaca. Ummi pun bukan sempurna mana. Manusia biasa-biasa sahaja. Kalau ada yang berminat nak tempah baju jubah ala dress macam dress oren ummi, bolehlah roger-roger ummi. Ummi area Sungai Besar ke Meru, Klang. Sepasang upah jahitan dress itu, ummi ambil dalam lingkungan RM 65.00 hingga 55.00, sebab dress oren itu potongan moden.Berminat mohon whatsapp ke no tel bimbit ummi 013 3109360. Wah! siap beriklan lagi ummi nie kan.

Diam tak diam, sudah sampai catatan ke10 bagi cabaran menyiapkan 44 entri yang di wajibkan oleh kumpulan ABDR. Berbaki 34 lagi. Alhamdulillah, syukur selalu. Moga ummi istiqamah .

Doakan ummi selalu di bawah rahmat Allah SWT, Insya Allah. Aamiin.

Bahagia itu satu pilihan, jadi pilih lah yang terbaik dalam kisah-kisah kehidupan kita. Kisah kita bukan di sini sahaja penamatnya tapi hingga ke sana nanti, Insya Allah. 

Ummi undur diri dulu, moga kita bertemu di lain catatan lagi.

Salam kasih sayang dari ummi kisahku untuk pembaca semua.

Perniagaan membuatkan ummi benar- benar tawakal kepada ALLAH SWT sebab REZEKI rahsia ALLAH SWT.

Jom Berniaga ... Berniaga Sunnah Rasulullah SAW. 









Selasa, 1 September 2015

Idea bisnes seorang SURI



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Teks                : Raihan Ahmad
Gambar            : Koleksi gambar sendiri dan Pn Nurul (Teman ummi)
Catatan Entri    : 9



Menu air tangan ummi


Kredit kpd teman ummi, Puan Nurul


Menu Air tangan ummi


kredit kepada teman ummi, Puan Nurul


Alhamdullilah. Bersyukur di atas anugerah dari Allah SWT. Diberi kesihatan dan masih meneruskan kisah-kisah ummi. Apa kabar semua, didoakan agar semua yang singgah diblog ummi ini sihat-sihat hendaknya.Insya Allah, Aamiin.

Kali ini ummi nak sembang-sembang tentang idea bisnes dari rumah yang mungkin semua orang sudah tahu pun. Siapa yang memang pakar memasak, bolehlah cuba bisnes ini. Ummi pun pernah buat bisnes ini walaupun ummi bukan surirumah sepenuh masa.

Sewaktu anak ummi , Ain Nur Soffiyyah masih kecil, memang ummi rajin masak pelbagai jenis makanan sebab anak ummi memang suka makan pun ( menaip sambil tersengih ) Sebab itu anak ummi bulat aje, selalu Soffi kata, nape ummi masak sedap-sedap. Sebab itulah Soffi besau. Hai lah anak. Sabar ajelah.


Hah! ini lah anak ummi yang bolattt tuw, Ewah! Comei tak?

Sambil ummi masak untuk anak dan keluarga, ummi lebihkan sedikit untuk ummi berbisnes menu makan tengah hari. Terima kasih pada teman pejabat ummi yang sudi sokong bisnes dapur ummi ini. Menu sempoi-sempoi aje tapi yang penting ada nasi putih, lauk ikan @ ayam dan sayur. Kalau ada tambahan sambal kentang atau tempe special dari ummi. Harga 1 pack RM 2.50 @ RM 3.00. Murah-murah sahaja. Sambil bersedekah. 

Alhamdulillah, lepaslah duit minyak ummi sebulan untuk pergi kerja dan balik kerja. Pada suri-suri yang baca blog ini, rasa-rasa dah dapat idea tak ? Sebenarnya memang seronok kalau kita memang minat memasak.

Teman ummi, Puan Nurul aka Mr's Lulul adalah contoh surirumahtangga sepenuh masa yang buat bisnes ini. Ummi suka tengok semangat dia. Siap buat penghantaran terus dari rumah. Apa yang penting semangat nak berusaha mencari rezeki dari hasil titik peluh sendiri. Sokongan suami jugak perlu. Rajin berusaha kejayaan pasti ada di kemudian hari. Tak percaya , cubalah!

Ok lah, kali ini banyak pulak ummi berceloteh. Tersuka sangat dengan idea bisnes #dapurkusyurgaku

Moga kita bertemu kembali di lain catatan.

Salam kasih sayang dari ummi kisahku untuk pembaca semua.

Perniagaan membuatkan ummi benar- benar tawakal kepada ALLAH SWT sebab REZEKI rahsia ALLAH SWT.

Jom Berniaga ... Berniaga Sunnah Rasulullah SAW. 




Rabu, 19 Ogos 2015

Bila kita


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Teks                : Raihan Ahmad
Gambar            : Koleksi google
Catatan Entri    : 8





Assalammualaikum... bersiaran kembali di arena dunia blog. Lama sudah ditinggalkan blog ini. Hampir 7 bulan tiada entri terbaru dari ummi kisahku. Biarlah sekarang saya bahasakan diri saya sebagai ummi. Sebab rasa lebih matang apabila nama panggilan itu kita ubah.

Telah menukar tajuk blog kepada TINTA SEORANG UMMI DI KISAHKU. Kenapa ummi menukar tajuk blog ini. Sebab ummi rasa ummi nak mengambil AURA semangat baru. Nak lebih RAJIN memasukkan tulisan-tulisan atau catatan-catatan terbaru.

Menulis ini bagi ummi perlu ada JIWA. Kalau kita menulis tanpa jiwa , ummi rasa macam kosong sahaja rasanya. Tergelak ummi. Sastera betul kan ummi ini.Ummi nak menulis dalam bahasa yang santai-santai tapi memberikan impak yang besar kepada pembaca-pembaca blog ummi ini.

Insya Allah, ummi nak menulis catatan-catatan yang boleh memberi manfaat kepada semua pembaca. Doakan ummi agar senantiasa istiqamah . Aamiin.

Ummi rasa setakat ini dahulu catatan untuk waktu ini. Baca petikan dalam gambar, semoga kita memikirkan kata-kata itu dan mendapat manfaatnya. Insya Allah.



Salam kasih sayang dari ummi kisahku untuk pembaca semua.

Perniagaan membuatkan ummi benar- benar tawakal kepada ALLAH SWT sebab REZEKI rahsia ALLAH SWT.

Jom Berniaga ... Berniaga Sunnah Rasulullah SAW. 

Khamis, 1 Januari 2015

Rasa Hati


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Teks                   : Raihan Ahmad
Gambar            : Koleksi google
Catatan Entri   : 7





Alhamdulillah. Bersyukur di atas anugerah Allah SWT di setiap nafas-nafas buat diri ini. Pertukaran angka 4 digit pun berlaku, dari tahun 2014 ke tahun 2015. Walaupun telah bertukar digit yang terakhir, namun untuk menghilangkan segala kisah-kisah semalam adalah terlalu sukar buat diri ini.

Menoleh sebentar ke belakang di akhir tahun 2012 iaitu pada 31 Disember 2012, di mana saya kehilangan anak kedua akibat keguguran di minggu ke 12 kehamilan. Namun saya gagahi diri memasuki tahun 2013 dengan tabah. Sebuah kehilangan yang masih saya tangisi namun , saya senantiasa cuba mendidik diri untuk redha dengan ujian yang Allah SWT berikan buat saya.

Pada bulan Oktober 2013, 10 bulan selepas itu saya sekali lagi diuji dengan sebuah pengkhianatan seorang sahabat yang paling akrab dengan saya membuatkan saya rasa jatuh ke curam paling dalam. Menangisi diri hingga membuatkan diri ini mengalami kemurungan . Saya terpaksa menangguhkan pengajian di Universiti akibat tidak boleh fokus dengan pengajian. Sedih memang sedih. Waktu itu, saya merasakan hati saya sangat hancur. Tiada apa yang tersisa.

Hanya pada Allah SWT tempat saya mengadu, dalam setiap sujud pasti ada air mata yang mengalir. Puas saya menangis hingga tiada air mata lagi untuk saya luahkan betapa saya sangat terluka dengan sebuah pengkhianatan yang saya sendiri tidak jangkakan. Manusia bagitulah. Terkadang manusia terlupa bahawa hidup ini hanyalah sementara. Manusia lupa bahawa ada Allah SWT yang Maha Melihat. Sahabat saya mungkin terlupa, dia boleh berbuat sesuatu yang melukai di belakang saya namun adakah Allah SWT tidak melihat apa yang kamu buat terhadap saya.

Melewati 2012 hingga berakhirnya 2014, 2 tahun yang sangat-sangat menguji diri ini. Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui , bagaimana saya cuba untuk bangkit setelah terjatuh berulang kali. Allahuakbar, saya tidak dapat nak gambarkan bagaimana diri saya pada 2 tahun ini. Mungkin orang melihat saya tersenyum indah, namun apa yang tersemat dijiwa saya tiada siapa yang tahu melainkan pencipta saya. Apabila mengingati semua itu membuatkan saya rasa ingin pergi jauh semampu mungkin. Luka di tangan ternampak darahnya ... hancur hati , tiada siapa pun yang tahu.

Memasuki tahun 2015, saya jadikan kisah semalam sebagai sumber kekuatan untuk saya melangkah lebih berani dan yakin. Dengan segala ujian-ujian ini, ada hikmat yang tersembunyi. Bagi saya, biarlah manusia nak sakiti saya, biarlah. Saya yakin janji Allah SWT itu pasti. Setiap perbuatan baik balasannya baik dan sebaliknya.

Saya tanamkan di minda akal saya, yang penting SAYA ADA ALLAH SWT. Saya pegang itu sekuat - kuatnya . Selagi ada nafas saya, saya berjuang untuk hidup dengan bahagia dan penuh dengan keindahan.

Terima kasih kerana sudi baca catatan saya, inilah saya. Selamat tahun baru 2015. Fikir yang indah-indah untuk dapat yang indah-indah sahaja.



 Salam kasih sayang dari saya untuk pembaca semua.

Perniagaan membuatkan aku benar benar tawakal kepada ALLAH SWT sebab REZEKI rahsia ALLAH SWT.

Jom Berniaga ... Berniaga Sunnah Rasulullah SAW.