Khamis, 3 September 2015

Berniaga nasi lemak depan rumah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Teks                : Raihan Ahmad
Gambar            : Koleksi gambar dari koleksi album ummi
Catatan Entri    : 11


Alhamdullilah, hari ini pagi-pagi lagi ummi sudah sarapan nasi lemak. Nasi lemak sotong goreng tepung, harga RM 2.00 makan sampai kenyang lepas itu senyum sorang-sorang sebab apa, sebab nanti badan pun naik. Salah siapa, salah kan diri sendiri ( Tergelak ummi)

Sembang-sembang kali ini, ummi nak kongsi idea berniaga nasi lemak dari depan rumah. Boleh ke ? Siapa berusaha pasti ada hasilnya. Walaupun mungkin secara kecil-kecilan, andai kita buat dengan betul, Insya Allah, pasti berjaya. Tak percaya ? Jom kita cuba.

Ibu saudara ummi sudah buktikan. Mula-mula dia berniaga nasi lemak dan roti canai hanya dari depan rumah. Lepas itu dari secara kecil-kecilan , sekarang ibu saudara ummi sudah berjaya membuka restoren di Seksyen 7 Shah Alam. Ummi lihat perniagaan makanan yang diusahakan berkembang dengan jayanya. Alhamdulillah. Dari tinggal rumah setinggan sekarang ibu saudara ummi sudah menetap di kediaman yang boleh dikatakan mewah. Rezeki pada mereka yang rajin berusaha.

Pernah tak dengar atau terbaca tentang nasi lemak warisan yang popular itu. Sampai pelanggan yang beli kene berbaris panjang. Nama pun nasi lemak warisan, pastinya bukan sehari dua perniagaan ini dijalankan. Mungkin awal-awal  perniagaan ini diusahakan ummi masih kecil lagi. Betul tak ?


Nasi lemak oh nasi lemak. Makanan kegemaran rakyat Malaysia.

Pada pandangan ummi, kalau kita nak masak atau berniaga nasi lemak, paling penting kita kena pandai masak nasi yang lemak dan harum . Lepas itu MESTI sambalnya kene terlajak sedap. Harus berguru dengan yang pakar.

Nasi lemak daun pisang pastinya menawan mata-mata yang memandang. Ummi pun suka. Sebab apa, rasanya lebih sedap dan seperti kembali ke zaman dulu kala. Zaman moyang-moyang kita. 

Teringat ummi dulu-dulu masa ummi sekolah darjah satu, hari-hari ummi beli nasi lemak kat kantin sekolah. Dulu harga sepinggan RM 0.20. Sekarang, sendiri kene fikirlah. Begitulah kisah nasi lemak. Senantiasa ada peminatnya walaupun harganya tidak seperti dulu.

Nasi lemak , inilah kisahnya versi ummi kisahku.

Salam kasih sayang dari ummi kisahku untuk pembaca semua.

Perniagaan membuatkan ummi benar- benar tawakal kepada ALLAH SWT sebab REZEKI rahsia ALLAH SWT.

Jom Berniaga ... Berniaga Sunnah Rasulullah SAW. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan