Rabu, 2 September 2015

Tailor suri dari rumah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Teks                : Raihan Ahmad
Gambar            : Koleksi gambar dari koleksi album ummi
Catatan Entri    : 10


Jubah aka dress moden sentuhan jemari Tailor suri dari rumah


Jubah sentuhan jemari Tailor suri dari rumah


Tote bag dalam proses jahitan dari jemari ummi


Siap sudah, Singer menawan keluarga bahagia


Alhamdulillah, hari ini nak sembang-sembang tentang minat ummi yang satu ini. Siapa suka menjahit, sila senyum sorang-sorang. Pada mereka yang minat menjahit, memang seronok sangat apabila aura kerajinan menjahit itu datang melimpah ruah, sampai tidak tidur malam dibuatnya.

Ummi mula menjahit dari umur ummi masih remaja. Ummi suka menjahit, suka sangat-sangat. Masa kecil ummi suka jahit anak patung yang dibuat dari perca-perca kain. Senang aje. Apabila meningkat usia pula, ummi suka menjahit cadar- cadar katil single atau bujang. Pelamin ummi sendiri pun hasil sentuhan jemari ummi, kelasss tak ummi.

Terkini ummi suka nak jahit tote bag dan langsir sahaja. Dulu rajin jugaklah menjahit baju kurung, baju kurung moden, baju kemeja en suami ummi. Sekarang dah malas sikit. Kalau penyakit malas ini tiba jawabnya ummi tempah ajelah nampak gayanya. (Senyum sorang-sorang depan komputer , hai lah penyakit 'M' )

Dari mana kemahiran menjahit ummi datang ini. Mesti ada yang tertanya-tanyakan. Ummi mengambil kelas menjahit secara pembelajaran dari rumah , guru ummi iaitu Puan Fatimah yang merupakan bekas guru KEMAS dan ummi juga mengambil kursus-kursus jangka pendek yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Sabak Bernam.

Jangan tak tahu, ummi juga ada kemahiran menjahit manik dan labuci. Kursus menjahit manik dan labuci ini ummi berguru dengan sifu ummi yang tinggal di area Shah Alam. Yuran sahaja RM 250.00 untuk sehari belajar. Tapi menjahit manik dan labuci ini dah lama ummi tinggalkan, nak jahit untuk baju sendiri boleh lah. Ummi tak buka untuk tempahan. Sakit leher ummi asyik tunduk aje. ( Tergelak ummi )

Sebenarnya dengan minat dan bakat kita menjahit ini boleh dijadikan sebagai pendapatan tambahan kita. Contoh, kita mampu untuk menjahit sehari 3 pasang baju kurung yang mana harga upah RM 35.00 sepasang. Maka sehari pendapatan kita adalah RM 105.00. Sebulan kita menjahit khas untuk baju kurung lebih kurang 20 hari katakanlah. Sebab apa 20 hari, tailor suri dari rumah pun nak rehat jugak kan. 20 hari  di darab dengan RM 105.00, jumlah RM 2100.00. Lumayan jugak kan. Kalau kita tak usaha mana nak datang RM 2100.00 itu, betul tak ?

Bagi pendapat ummi, menjahit baju kurung pun kita sudah boleh jana pendapatan sampingan. Kita buat dari rumah sahaja. Tak perlu nak sewa-sewa kedai. Apa yang penting jaga niat kita. Jahit betul-betul, sambil menjahit kita berzikir. Rezeki dapat pahala pun dapat. Anak-anak tentunya ada di depan mata. 

Harap apa yang ummi kongsikan dalam sembang-sembang ummi ini ada manfaatnya pada pembaca. Ummi pun bukan sempurna mana. Manusia biasa-biasa sahaja. Kalau ada yang berminat nak tempah baju jubah ala dress macam dress oren ummi, bolehlah roger-roger ummi. Ummi area Sungai Besar ke Meru, Klang. Sepasang upah jahitan dress itu, ummi ambil dalam lingkungan RM 65.00 hingga 55.00, sebab dress oren itu potongan moden.Berminat mohon whatsapp ke no tel bimbit ummi 013 3109360. Wah! siap beriklan lagi ummi nie kan.

Diam tak diam, sudah sampai catatan ke10 bagi cabaran menyiapkan 44 entri yang di wajibkan oleh kumpulan ABDR. Berbaki 34 lagi. Alhamdulillah, syukur selalu. Moga ummi istiqamah .

Doakan ummi selalu di bawah rahmat Allah SWT, Insya Allah. Aamiin.

Bahagia itu satu pilihan, jadi pilih lah yang terbaik dalam kisah-kisah kehidupan kita. Kisah kita bukan di sini sahaja penamatnya tapi hingga ke sana nanti, Insya Allah. 

Ummi undur diri dulu, moga kita bertemu di lain catatan lagi.

Salam kasih sayang dari ummi kisahku untuk pembaca semua.

Perniagaan membuatkan ummi benar- benar tawakal kepada ALLAH SWT sebab REZEKI rahsia ALLAH SWT.

Jom Berniaga ... Berniaga Sunnah Rasulullah SAW. 









Tiada ulasan:

Catat Ulasan