Isnin, 18 Julai 2016

Aura Rezeki

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Teks                : Raihan Ahmad
Gambar            : Koleksi gambar dari Aura Rezeki
Catatan Entri    : 18




Assalammualaikum,

Allah menjadikan kesusahan dan kesengsaraan sebagai ujian ke atas kita adalah supaya kita lebih dekat kepada-NYA :

Dan sungguh akan KAMI berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. ( Iaitu ) orang yang apabila ditimpa musibbah mereka mengucapkan : "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raajiúun.'' Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada TUHAN mereka dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk. -Surah Al-Baqarah : 155-157

Dari buku bertajuk : Kembara Mencari Tuhan

Sedikit petikan dari buku yang ummi baca. Manusia hidup ini kita akan diberi ujian masing-masing. Bagaimana kita menangani dan merentasi ujian itu, semuanya adalah terpulang kepada setiap manusia.

Buat ummi, apabila ummi menggunakan produk dari Aura Rezeki ini, sedikit sebanyak ianya membantu ummi untuk lebih tenang dan damai. Aura rezeki ini memberikan ummi energi yang positif. Nak jadi manusia luar biasa , kita haruslah mempunyai tindakan luar biasa jua.

Berapa ramai antara kita yang menjalani rutin harian dengan mandian beraura. Tidak semuakan. Jadi ummi memilih yang luar biasa itu. Biar orang nak pandang sinis ke , nak kata ke , ummi tidak ambil kisah. Manusiakan.

Ummi pegang satu, ummi tahu apa yang ummi inginkan dalam kisah-kisah kehidupan ummi. Bahagia dunia akhirat, Insya Allah. Aamiin.


Salam kasih sayang dari ummi kisahku untuk pembaca semua.

Perniagaan membuatkan ummi benar- benar tawakal kepada ALLAH SWT sebab REZEKI rahsia ALLAH SWT.

Jom Berniaga ... Berniaga Sunnah Rasulullah SAW.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan