Ahad, 4 Disember 2016

Senyumlah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Teks                : Raihan Ahmad
Gambar            : Koleksi gambar dari google
Catatan Entri    :21


Ulasan Buku    :           Senyumlah Apa Pun Masalahmu Ia Pasti Berlalu
Penulis             :           Syed Alwi Alatas
Terbitan          :           Galeri Ilmu Sdn Bhd
Tahun              :           2011
Mukasurat       :           1 - 300


Buku ini adalah sebuah karya motivasi Islam yang penuh dengan kisah-kisah benar yang terhasil dari orang-orang yang ditemui oleh penulis. Namun menulis masih menutup kerahsiaan dalam penceritaan karyanya. Penulis juga menerapkan sirah tauladan dari baginda Rasullah, agar pembaca mendapat impak yang lebih besar dalam setiap pembacaan.  Senyumlah, apa pun masalahmu ia pasti berlalu merupakan buku yang sangat bagus untuk memberikan inspirasi bagi mereka yang telah lama meninggalkan sebuah senyuman .

Manusia dengan masalah bagaikan aur dan tebing. Tiada manusia yang bebas dari masalah. Bagaimana manusia itu menangani setiap permasalahan dalam kehidupan . Permasalahan hidup biasanya memicu munculnya emosi tertentu yang boleh mempengaruhi keadaan manusia itu sendiri. Emosi ini ibarat belon yang semakin lama semakin mengembang besar andai manusia itu tidak bijak untuk menguruskannya.

Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar ( daripada kesalahan-kesalahanmu ). ( Asy-Syura 42 : 30 )

Setiap masalah yang datang pasti sudah disediakan jalan menyelesaian andai manusia itu bijak berfikir dan mempelajari sesuatu dari setiap permasalahannya.  Hanya yang perlu difahami oleh manusia tentang keterbatasan diri . Apa yang terlihat baik tidak semestinya terbaik buat kehidupan kita dan sebaliknya. Masalah itu mewarnai kehidupan manusia untuk menambahnilai dalam kehidupan.

Masalah yang hadir dalam kehidupan manusia itu boleh menjadi simulasi untuk manusia mengenal erti hidup. Masalah itu boleh dimanfaatkan bagi mengajar manusia membina jati diri untuk terus maju ke hadapan.

Masalah yang datang dalam kehidupan manusia adalah sebagai ujian untuk memberikan manusia satu peningkatan dalam kehidupan. Tanpa masalah manusia akan hidup dalam zon selesa yang tidak akan mengubah diri mereka ke mana – mana tingkat kehidupan pun.

Penutup dan kesimpulan
Hadapi masalah dengan sabar, agar kita dapat menjadi manusia yang senantiasa bersyukur dalam apa jua posisi kehidupan. Tersenyumlah saat derita dan bahagia, kerna dalam keadaan kedua-duanya punya kehebatan yang tersembunyi disebaliknya.



Siapa suka lepak di perpustakaan dia memang hebat. Lepak sambil baca buku, tenang dan nyaman kan. Cuti-cuti sekolah ini, apa kata bawa keluarga datang ke perpustakaan. Ceria dapat ilmu pun dapat.

Salam kasih sayang dari ummi kisahku untuk pembaca semua.
Perniagaan membuatkan ummi benar- benar tawakal kepada ALLAH SWT sebab REZEKI rahsia ALLAH SWT.

Jom Berniaga ... Berniaga Sunnah Rasulullah SAW.

Ahad, 31 Julai 2016

Akademi Aura Rezeki

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Teks                : Raihan Ahmad
Gambar            : Koleksi gambar dari page facebookAura Rezeki
Catatan Entri    :20



Di mana ada kemahuan di situ ada jalan-jalan menuju kejayaan. Satu lagi impian ummi. Ummi nak sangat belajar tentang ilmu aura. Alhamdulillah, bertemu jodoh dengan Aura Rezeki.

Doa ummi, moga ummi dapat menggapai impian ummi , Insya Allah . Aamiin.

Ummi dalam proses mengumpul maklumat tentang Akademi Aura Rezeki ini. Ada rezeki ummi. Ummi memang usahakan.

Dalam kehidupan, kita ini senantiasa menambah nilai diri kita. Dari biasa kepada luar biasa. Dugaan dan cabaran tentunya ada, namun kita hadapi dengan kesabaran dan keimanan.

Jom bersama kita tambah nilai diri kita.




Salam kasih sayang dari ummi kisahku untuk pembaca semua.
Perniagaan membuatkan ummi benar- benar tawakal kepada ALLAH SWT sebab REZEKI rahsia ALLAH SWT.

Jom Berniaga ... Berniaga Sunnah Rasulullah SAW.

Selasa, 19 Julai 2016

Pesta Buku Selangor 2016


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Teks                : Raihan Ahmad
Gambar            : Koleksi gambar dari page facebook PPAS
Catatan Entri    : 19



Hari ini, ummi nak sembang tentang Pesta Buku Selangor 2016. Ada tak yang rasa teruja. Bagi ummi peminat buku tegar. Ini antara acara tahunan yang pasti ummi sekeluarga akan pergi. Tak pergi rasa semacam aje .

Anak ummi, semanis Soffi Ijam sudah siapkan duit saku nak memborong beli buku. Siap kata nak belanja ummi 2 naskah buku. Kami ini anak beranak bila di Pesta Buku jadi rambang mata. Wow! syok giler lah.

Pada pembaca blog ummi, jemputlah datang ke Pesta Buku Selangor 2016. Memang tak rugi. Membaca kan jambatan ilmu.

Ummi nak celoteh banyak pun tak pandai, harapan ummi agar pembaca-pembaca blog ummi , ummi doakan semoga perjalanan hidup kalian senantiasa dirahmati Allah. Aamiin.

Ummi  undur diri dulu. Senyum selalu .

Salam kasih sayang dari ummi kisahku untuk pembaca semua.

Perniagaan membuatkan ummi benar- benar tawakal kepada ALLAH SWT sebab REZEKI rahsia ALLAH SWT.

Jom Berniaga ... Berniaga Sunnah Rasulullah SAW.

Isnin, 18 Julai 2016

Aura Rezeki

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Teks                : Raihan Ahmad
Gambar            : Koleksi gambar dari Aura Rezeki
Catatan Entri    : 18




Assalammualaikum,

Allah menjadikan kesusahan dan kesengsaraan sebagai ujian ke atas kita adalah supaya kita lebih dekat kepada-NYA :

Dan sungguh akan KAMI berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. ( Iaitu ) orang yang apabila ditimpa musibbah mereka mengucapkan : "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji├║un.'' Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada TUHAN mereka dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk. -Surah Al-Baqarah : 155-157

Dari buku bertajuk : Kembara Mencari Tuhan

Sedikit petikan dari buku yang ummi baca. Manusia hidup ini kita akan diberi ujian masing-masing. Bagaimana kita menangani dan merentasi ujian itu, semuanya adalah terpulang kepada setiap manusia.

Buat ummi, apabila ummi menggunakan produk dari Aura Rezeki ini, sedikit sebanyak ianya membantu ummi untuk lebih tenang dan damai. Aura rezeki ini memberikan ummi energi yang positif. Nak jadi manusia luar biasa , kita haruslah mempunyai tindakan luar biasa jua.

Berapa ramai antara kita yang menjalani rutin harian dengan mandian beraura. Tidak semuakan. Jadi ummi memilih yang luar biasa itu. Biar orang nak pandang sinis ke , nak kata ke , ummi tidak ambil kisah. Manusiakan.

Ummi pegang satu, ummi tahu apa yang ummi inginkan dalam kisah-kisah kehidupan ummi. Bahagia dunia akhirat, Insya Allah. Aamiin.


Salam kasih sayang dari ummi kisahku untuk pembaca semua.

Perniagaan membuatkan ummi benar- benar tawakal kepada ALLAH SWT sebab REZEKI rahsia ALLAH SWT.

Jom Berniaga ... Berniaga Sunnah Rasulullah SAW.







Khamis, 28 Januari 2016

Kembar 3

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Teks                : Raihan Ahmad
Gambar            : Koleksi gambar dari google dan facebook
Catatan Entri    : 17




Alhamdulillah. Seronok ummi bila lihat gambar-gambar di atas . Teruja sangat. Mohon halalkan kepada tuan empunya gambar. Gambar ini memberi inspirasi kepada ummi. Doa doa dan terus berdoa.

Kata bijak pandai selalu berkata, matlamat kene ditulis atau divisualkan. Maka ummi dengan gigihnya mencari gambar-gambar impian ummi dalam kisahku ini. Mungkin ada antara pembaca yang tersenyumkan. Takpe, ummi faham. Bukan mudah nak dapat apa yang kita impikan. Namun, sebagai manusia kita pastinya harus berusaha dan seterusnya bertawakal serta berdoa.

Bahagia itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Beruntung mereka yang Allah kurniakan anugerah zuriat. Doakan jua kepada pasangan lain agar diberi anugerah zuriat. Saling mendoakan, Insya Allah.

Ummi tidak dapat menulis panjang-panjang sebab kekangan waktu di mana ummi harus menghadapi audit ISO 9001:2015 pada 2 Februari ini. Doakan moga segala urusan pengauditan ummi berjalan dengan lancar. Aamiin.

Salam kasih sayang dari ummi kisahku untuk pembaca semua.

Perniagaan membuatkan ummi benar- benar tawakal kepada ALLAH SWT sebab REZEKI rahsia ALLAH SWT.

Jom Berniaga ... Berniaga Sunnah Rasulullah SAW. 


Selasa, 26 Januari 2016

Centillion


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Teks                : Raihan Ahmad
Gambar            : Koleksi gambar dari google
Catatan Entri    : 16



Masa itu berlalu dengan sangat pantas hingga manusia tidak bisa langsung untuk mengejarnya walaupun hanya 1 saat. Hari ini ummi rasa tertarik untuk berkisah tentang centillion.

Agak-agaknya pembaca terpinga-pingan tak, bila ummi buat tajuk tentang centillion. Apa centillion itu? Ada tak yang pening-pening lalat. Baik, sebenarnya ummi terfikir, apakah nombor dalam dunia yang paling akhir sekali. 

Maka, bertemu ummi dengan centillion ini. Nombor terakhir dalam sistem ilmu matematik, kalau tidak silap ummi. 

Bilangan centillion ini memang teramat lah panjang. Boleh guna aplikasi google kalau pembaca nak tahu. Buka enjin carian tentang centillion.

Ummi menyentuh tentang centillion ini sebab ummi suka nak kaitkan dengan kisah-kisah ummi. Orang selalu sebut nak jadi jutawan. Jutawan Jutawan Jutawan.

Tapi sebenarnya kita semua ini adalah centillion sebab cap jari kita semua tiada siapa pun boleh miliki sebab Pencipta kita beri hanya untuk kita sahaja. Betul tak? Kehidupan itu sendiri adalah centillion. Setiap nafas kita jua. Malahan centillion itu tidak boleh dibuat nilaian pun. Sebab apa, kehidupan adalah satu anugerah yang terhebat dari Pencipta kita.

Centillion ... ummi sedang menarik minda bawah sedar ummi untuk mencerap segala-gala tentang centillion. Bila kita nak berjaya, kita perlu berfikir dengan cara luar biasa. Bukan biasa-biasa, sebab bila biasa-biasa kita akan jadi biasa-biasa jugak.

Baik, ummi tinggalkan pembaca dengan satu perkataan iaitu "CENTILLION"


Centillion sup yang dimasak oleh chef yang bernama EMAK.

Salam kasih sayang dari ummi kisahku untuk pembaca semua.

Perniagaan membuatkan ummi benar- benar tawakal kepada ALLAH SWT sebab REZEKI rahsia ALLAH SWT.

Jom Berniaga ... Berniaga Sunnah Rasulullah SAW. 

Khamis, 21 Januari 2016

Rahsia kulit licin berkilat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Teks                : Raihan Ahmad
Gambar            : Koleksi gambar dari koleksi album ummi
Catatan Entri    : 15
                                                                                                                                             

Bertemu kembali di ruangan blog kesayangan ummi. Azam tahun 2016/1437 ummi nak lebih rajin buat catatan baru di blog. Doakan ummi agar diberi kerajinan selalu. Senyum sokmo kita ramai-ramai.

Sambil santai-santai dan lihat-lihat album percutian tahun lalu. Terjumpa ummi dengan gambar ummi di atas tuw. Lawa tak ummi ? Tajuk catatan pun ala-ala artis popular gituw. Agak-agaknya apa rahsia ummi sampai boleh dapat kulit licin dan berkilat tu. Nama pun rahsia kan. Jadi biar dulu rahsia itu terpendam.

Sebenarnya kulit ummi ni jenis sensitif dan mudah tersentap andai salah guna produk. Ummi memang susah sikit kalau nak cuba-cuba produk ni. Selalunya ummi akan buat kajian sedikit berkenaan produk yang ingin ummi gunakan. Iyalah, kalau kulit muka dah rosak, susah untuk dipulihkan. Jadi berhati-hati gunakan produk kecantikan skincare harian kita.

Matlamat ummi untuk kulit wajah bukan nak putih sebab ummi ni, kulit jenis kuning langsat. Harus kekalkan warna asal. Cuma ummi nak kulit ummi bersih dari cela. Tak nak jerawat dan jeragat. Takut ummi.

Bila umur ummi nak masuk 4 siri ni, lagi ummi memberi perhatian dengan kesihatan ummi. Jaga kesihatan untuk kebahagian di kemudian hari. Orang kata, biar sihat sampai ke hujung nyawa. Bukan main lagi ummi ni kan.

Semoga pembaca-pembaca blog ummi senantiasa menjaga kesihatan. Agar hidup selalu dalam senyuman, aman bahagia. Insya Allah. Aamiin.

Salam kasih sayang dari ummi kisahku untuk pembaca semua.

Perniagaan membuatkan ummi benar- benar tawakal kepada ALLAH SWT sebab REZEKI rahsia ALLAH SWT.

Jom Berniaga ... Berniaga Sunnah Rasulullah SAW.