Sabtu, 1 Februari 2014

Salam perkenalan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang

Assalammualaikum ...

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur Alhamdulillah atas segala kurnia Nya kepada saya. Dengan rahmat dari Allah SWT saya telah bertemu dengan team SOHO iaitu http://anysidayu.blogspot.com/ . Untuk sesi assignment pertama di bawah team SOHO ini saya diwajibkan untuk memperkenalkan diri.

Siapa Saya ?

Saya adalah hamba Allah yang bernama Nor Raihan Binti Ahmad. Dilahirkan pada tahun 1978.Pemegang Diploma Pentadbiran Perniagaan dan kini menyambung pelajaran di Universiti Terbuka Malaysia atau lebih dikenali sebagai Open University Malaysia. Saya mengambil jurusan Sumber Manusia. Bekerja sebagai pembantu perpustakaan di Perbadanan Perpustakaan Awam. Memiliki keluarga bahagia kurniaan Allah SWT. Suami yang Soleh dan anak-anak yang memberi inspirasi dalam kisah-kisah kehidupan saya.

Bisnes Saya ...

Saya adalah seorang wanita yang sangat suka kepada ILMU. Kegilaan saya adalah mencari sebanyak mungkin maklumat-maklumat yang boleh saya kumpul untuk saya adaptasi dalam kisah-kisah jurnal kehidupan saya di dunia ini. Itu adalah salah satu faktor mengapa saya menyambung pelajaran. Saya mencabar diri untuk keluar daripada zon selesa. Sangat minat dengan keseniaan, sebab saya adalah bekas pelajar aliran sastera. Saya memulakan bisnes offline pada tahun 2011 di mana saya mengambil kursus asas menjahit manik dan belajar membuat tote bag home made by aanqaseh.Kini saya mencuba bidang baru iaitu memperkenalkan produk tudung shawl home made. Selain itu saya merupakan Independent Distributor Shaklee dan Beauty Consultant Mary Kay. 

Blog-Blog saya ...

Saya memiliki 4 blog termasuk blog terbaru ini :- Jom lawat blog-blog saya di sini ...
1)http://ainraihan.blogspot.com/
2)http://home-bisnes-online-ainraihan.blogspot.com/
3)http://niagaonline-abah-kisahku.blogspot.com/

Baiklah , sampai di sini dahulu untuk waktu ini. In Sha Allah ... ada waktu kita berjumpa lagi di blog ini.

Salam perkenalan dari saya untuk semua ...