Khamis, 29 Mei 2014

Kuasa Minda + Usahawan Internet

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani







Kuasa minda. Ia sering diperkatakan oleh sesiapa pun. Kuasa minda bukan bermaksud minda itu mempunyai kuasa, tetapi ia boleh diprogramkan dan diperkasakan agar kita boleh hidup dengan baik.
Minda kita adalah kurniaan Tuhan yang tidak ternilai harganya. Ia umpama sebuah perisian. Sebelum mula berusaha dengan gigih untuk meraih sesuatu sasaran/matlamat, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah kita hapuskan virus-virus dalam perisian (minda) kita.

Di antara virus-virus itu adalah:

1. Mudah mengeluh.
2. Suka menyalahkan orang lain, walhal silap sendiri.
3. Sering berfikiran “ini payah, itu susah” dan tidak boleh buat.
4. Kerap membuat alasan.
5. Takut mencuba.
6. Terlalu risau walaupun mungkin perkara dirisaukan itu tidak akan berlaku.
7. Hanya memikirkan masalah.

Sebaliknya, kita install (isi) minda kita dengan pemikiran:

1. Segala cabaran boleh diatasi.
2. Sentiasa ada peluang untuk menyelesaikan sesuatu.
3. Kebanyakan perkara boleh dilakukan, dengan syarat ada ilmu.
4. Fokus pada usaha.
5. Berani melakukan sesuatu usaha yang baik.
6. Yakin dan percaya pada Allah dan diri sendiri.
7. Fikirkan penyelesaian dan jalan keluar.

Kita boleh mengisi minda kita (terutama minda bawah sedar) dengan pengisian yang baik, melalui cara-cara berikut:
  1. Berkawan dengan orang-orang berjaya dan positif.
  2. Membaca bahan-bahan bacaan yang baik, terutama perkataan-perkataan dan ayat yang positif.
  3. Sentiasa mengunjungi tempat-tempat yang baik seperti masjid dan majlis ilmu (kuliah agama, seminar, kursus, …).
  4. “Add” individu yang berperibadi baik di Facebook.
  5. Mendengar kata-kata yang baik seperti ceramah agama dan suntikan motivasi / pembangunan diri.
Tidak dinafikan, membangunkan (develop) sebuah minda yang “hebat” mempunyai cabaran tersendiri. Malah, setiap orang mempunyai latar belakang yang berbeza. Namun itu tidak boleh dijadikan sebagai alasan.

Sebenarnya, cabaran itulah yang akan mematangkan minda dan diri kita. Hayati dan selami setiap ujian yang dihadapi agar kita dapat pelajari sesuatu dan ubah diri dan minda kita sedikit demi sedikit (konsisten).

Senaman Otak

Otak adalah ciptaan Tuhan yang paling ajaib di dunia ini. Namun biasanya, ia tidak dapat digunakan sepenuhnya apabila kita (manusia) tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu, otak tidak mampu memproses dengan lebih “agresif” dan optimum. Maka kita hanya akan jadi manusia yang biasa-biasa sahaja.

Sebagai usahawan internet, mempunyai ilmu perniagaan, pengurusan dan pemasaran adalah satu perkara yang wajib. Ilmu ini boleh didapatkan melalui membaca buku, training dan kursus.

Daripada kebanyakan cara, membaca adalah salah satu cara yang paling menjimatkan wang dan tenaga. Bahan bacaan tidak semestinya buku, sebaliknya boleh terdiri daripada ebook, artikel,blog yang berinformatif dan lain-lain lagi.;)  


perkongsian ilmu dari :http://perniagaan-internet-era-kini.jomaffiliate.net

Moga menjadi ilmu yang bermanfaat  ;)

Salam kasih sayang dari saya untuk pembaca semua.

Perniagaan membuatkan aku benar benar tawakal kepada ALLAH SWT sebab REZEKI rahsia ALLAH SWT.

Jom Berniaga ... Berniaga Sunnah Rasulullah SAW.

Selasa, 20 Mei 2014

Matlamat






Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Apakah matlamat kita sebenarnya di dunia ini ...

 Firman Allah taala dalam surah ad-Dzariayat ayat 56:
 

addzariyat56.jpg

 Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu. (ad-Dzariyat: 56)
 

Tujuan utama Allah menciptakan manusia adalah supaya manusia menjadi abdi kepadaNya, dengan melaksanakan semua suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Oleh itu, seseorang yang dipandang oleh Allah dengan pangkat “Hamba” adalah mulia di sisiNya.
Selain itu, Allah juga menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi. Firman Allah:


albaqarah30part1.jpg


 Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” … (al-Baqarah: 30)



Dalam ayat ini, ternyata Allah telah memberikan manusia suatu kedudukan yang tinggi dengan memilih manusia sebagai khalifah, jawatan yang tidak diterima oleh makhluk lain. Namun jawatan penting ini merupakan amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul bukan sebagai pangkat atau kedudukan yang perlu dibangga-banggakan.

Oleh yang demikian, dalam menjalankan amanah ini, peranan manusia perlu selari dengan arahan Allah seperti firmanNya:
aaliimran104.jpg

Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (dalam berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Aali- Imran: 104)





Marilah kita sama-sama menyemak di manakah kedudukan kita sekarang ini. Marilah kita bersama-sama memahami tujuan kehidupan ini. Menjadi hambaNya yang patuh dan taat. Menjadi khalifah yang amanah dan jujur. Semoga kita beroleh ketengan jiwa.

alfajr2728.jpg

Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. (al-Fajr: 27 – 28)








Ini lah matlamat kisahku. Apa pun yang saya lakukan ini adalah matlamat utama saya dalam perjalanan kisah kisah ku.  Matlamat UTAMA KISAHKU

alfajr2728.jpg


Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. (al-Fajr: 27 – 28)

Aku ingin kembali kepada penciptaku dengan jiwa yang tenang. Syurga matlamat kehidupan di dunia dan akhirat.  Moga Allah SWT senantiasa merahmati diri ini. Aamiin.

Catatan ini saya nukilkan adalah bagi pembaca pembaca mengenali siapa saya dan apakah matlamat kisahku dalam kehidupan ini.

Untuk berjaya dalam bidang yang kita ceburi ... WAJIB orang mengenali siapa kita ini.

Maka ini adalah diriku ... Salam kasih sayang dari saya untuk pembaca semua.

Perniagaan membuatkan aku benar benar tawakal kepada ALLAH SWT sebab REZEKI rahsia ALLAH SWT.

Jom Berniaga ... Berniaga Sunnah Rasulullah SAW.

Rabu, 14 Mei 2014

Pengalaman menjadi blogger

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdullillah ... begitu pantas masa itu berlalu. Diam tak diam telah masuk 5 tahun saya menjadi blogger. Boleh pergi lihat blog Kisahku ainraihan.blogspot.com . Saya mula menulis pada 17 Mac 2009.

Kenapa saya jadi blogger?

Jawapan sudah tentunya adalah kerana saya minat menulis. Bila semangat berblog dan menulis datang , saya boleh membuat 3 entri terbaru sehari. Mesti Cikgu Ayu tergelak sekarang nie hehehe ... Bila datang angin kus kus ... hemmmmm... jawabnya bersawanglah blog blog saya.

Teringat saya pada kata kata cikgu saya , cikgu BM saya selalu kata ..." Raihan , awak ni kalau cikgu suruh mengarang karangan sampai 20 muka surat pun boleh. Manalah awak dapat idea. Saya jawab ... Anugerah dari Allah , Cikgu. Saya Sayang Semua Cikgu Cikgu Saya ... 16 Mei setiap tahun hari Guru. Jika diberi peluang saya nak jumpa semua cikgu cikgu yang sangat berjasa pada saya. Saya rindu cikgu saya. Saya nak cerita tentang kisah kisah perjalanan hidup saya pada cikgu saya. Ya Allah, bila bercerita tentang cikgu mesti hati saya jadi sayu. Serius saya memang sangat RINDU cikgu cikgu saya.

Walau di mana cikgu saya berada ... sama ada mereka masih hidup atau telah kembali kepada penciptaNya. Saya doakan semoga Allah SWT senantiasa merahmati semua cikgu cikgu yang pernah mendidik saya hingga saya menjadi seperti saya sekarang. Moga kita dipertemukan di sana nanti. In Sha Allah. Love My Cikgu So Much.

Al Fatihah ...





Empat Puluh - 40


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Perkongsian ilmu untuk pembaca blog ini, moga memberi manfaat untuk semua :

 BERHATI HATI DIUSIA 40TAHUN

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah SWT.

Pada ayat yang lain, firman Allah;

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh-sungguh.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,

لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".

Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa..



Terima Kasih atas masa yang diberi untuk membaca artikel ini. Moga kita semua mendapat ilmu yang bermanfaat. Aamiin.




Mengapa saya suka berniaga

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Sabda Rasulullah S.A.W "9/10 rezeki adalah datangnya daripada perniagaan".(Riwayat Tarmizi)

 Dalil Al Quran tentang perniagaan ,Firman Allah "Wahai orang2 yang beriman,janganlah kamu makan(gunakan) harta2 kamu sesama kamu dengan jalan yang salah(tipu dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka diantara kamu,dan janganlah kamu berbunuh bunuhan sesama sendiri.Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu."(An Nisa : 29)

Ini lah dunia kisahku yang sangat saya suka. Dengan berniaga saya telah mengikut sunnah Rasulullah SAW... Sebab saya sangat cinta kepada Rasulullah SAW. Saya memang suka berniaga dari kecil. Abah saya seorang peniaga. Masa saya kecil abah menjual , mee goreng dan meehun goreng bungkus kat kilang. Bakat berniaga aku ini lebih kepada darah keturunan abah aku iaitu orang Tangkak, Johor.

Perniagaan yang saya jalankan adalah  lebih kepada produk yang disukai atau digilai oleh wanita. Mengapa ? Sebab saya adalah seorang WANITA. Nak tahu tak apa produk saya ... kene tunggu ... bagi  pembaca blog saya ini rasa teruja... Jangan marah , gurau senda salam perkenalan.

Bila saya berniaga ... saya rasa saya boleh bantu orang dan mudahkan urusan orang . Saya juga boleh gembirakan hati orang. Mengapa ? Saya cerita di bab ... Mengapa dengan berniaga kita boleh bantu,mudahkan dan gembirakan hati orang lain... Nantikan bab ini di edisi catatan saya .

Apa pun yang kita lakukan ... Jaga NIAT dihati. Bila berniaga banyak cabaran yang kita hadapi. Kita kene KUAT ... SABAR dan TAWAKAL pada ALLAH SWT. Moga sahabat sahabat yang membaca blog saya ini adalah orang yang senantiasa positif di dalam kehidupan. Hidup untuk memberi ... walaupun orang baling batu ... kita tetap beri bunga dengan senyuman. Bukan mudah tetapi balasannya sangat sangat sangat BESAR.

Moga berjumpa di lain catatan ... Salam Kasih Sayang Dari Kisahku Raihan Ahmad