Khamis, 28 Januari 2016

Kembar 3

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Teks                : Raihan Ahmad
Gambar            : Koleksi gambar dari google dan facebook
Catatan Entri    : 17




Alhamdulillah. Seronok ummi bila lihat gambar-gambar di atas . Teruja sangat. Mohon halalkan kepada tuan empunya gambar. Gambar ini memberi inspirasi kepada ummi. Doa doa dan terus berdoa.

Kata bijak pandai selalu berkata, matlamat kene ditulis atau divisualkan. Maka ummi dengan gigihnya mencari gambar-gambar impian ummi dalam kisahku ini. Mungkin ada antara pembaca yang tersenyumkan. Takpe, ummi faham. Bukan mudah nak dapat apa yang kita impikan. Namun, sebagai manusia kita pastinya harus berusaha dan seterusnya bertawakal serta berdoa.

Bahagia itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Beruntung mereka yang Allah kurniakan anugerah zuriat. Doakan jua kepada pasangan lain agar diberi anugerah zuriat. Saling mendoakan, Insya Allah.

Ummi tidak dapat menulis panjang-panjang sebab kekangan waktu di mana ummi harus menghadapi audit ISO 9001:2015 pada 2 Februari ini. Doakan moga segala urusan pengauditan ummi berjalan dengan lancar. Aamiin.

Salam kasih sayang dari ummi kisahku untuk pembaca semua.

Perniagaan membuatkan ummi benar- benar tawakal kepada ALLAH SWT sebab REZEKI rahsia ALLAH SWT.

Jom Berniaga ... Berniaga Sunnah Rasulullah SAW. 


Selasa, 26 Januari 2016

Centillion


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Teks                : Raihan Ahmad
Gambar            : Koleksi gambar dari google
Catatan Entri    : 16



Masa itu berlalu dengan sangat pantas hingga manusia tidak bisa langsung untuk mengejarnya walaupun hanya 1 saat. Hari ini ummi rasa tertarik untuk berkisah tentang centillion.

Agak-agaknya pembaca terpinga-pingan tak, bila ummi buat tajuk tentang centillion. Apa centillion itu? Ada tak yang pening-pening lalat. Baik, sebenarnya ummi terfikir, apakah nombor dalam dunia yang paling akhir sekali. 

Maka, bertemu ummi dengan centillion ini. Nombor terakhir dalam sistem ilmu matematik, kalau tidak silap ummi. 

Bilangan centillion ini memang teramat lah panjang. Boleh guna aplikasi google kalau pembaca nak tahu. Buka enjin carian tentang centillion.

Ummi menyentuh tentang centillion ini sebab ummi suka nak kaitkan dengan kisah-kisah ummi. Orang selalu sebut nak jadi jutawan. Jutawan Jutawan Jutawan.

Tapi sebenarnya kita semua ini adalah centillion sebab cap jari kita semua tiada siapa pun boleh miliki sebab Pencipta kita beri hanya untuk kita sahaja. Betul tak? Kehidupan itu sendiri adalah centillion. Setiap nafas kita jua. Malahan centillion itu tidak boleh dibuat nilaian pun. Sebab apa, kehidupan adalah satu anugerah yang terhebat dari Pencipta kita.

Centillion ... ummi sedang menarik minda bawah sedar ummi untuk mencerap segala-gala tentang centillion. Bila kita nak berjaya, kita perlu berfikir dengan cara luar biasa. Bukan biasa-biasa, sebab bila biasa-biasa kita akan jadi biasa-biasa jugak.

Baik, ummi tinggalkan pembaca dengan satu perkataan iaitu "CENTILLION"


Centillion sup yang dimasak oleh chef yang bernama EMAK.

Salam kasih sayang dari ummi kisahku untuk pembaca semua.

Perniagaan membuatkan ummi benar- benar tawakal kepada ALLAH SWT sebab REZEKI rahsia ALLAH SWT.

Jom Berniaga ... Berniaga Sunnah Rasulullah SAW. 

Khamis, 21 Januari 2016

Rahsia kulit licin berkilat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Teks                : Raihan Ahmad
Gambar            : Koleksi gambar dari koleksi album ummi
Catatan Entri    : 15
                                                                                                                                             

Bertemu kembali di ruangan blog kesayangan ummi. Azam tahun 2016/1437 ummi nak lebih rajin buat catatan baru di blog. Doakan ummi agar diberi kerajinan selalu. Senyum sokmo kita ramai-ramai.

Sambil santai-santai dan lihat-lihat album percutian tahun lalu. Terjumpa ummi dengan gambar ummi di atas tuw. Lawa tak ummi ? Tajuk catatan pun ala-ala artis popular gituw. Agak-agaknya apa rahsia ummi sampai boleh dapat kulit licin dan berkilat tu. Nama pun rahsia kan. Jadi biar dulu rahsia itu terpendam.

Sebenarnya kulit ummi ni jenis sensitif dan mudah tersentap andai salah guna produk. Ummi memang susah sikit kalau nak cuba-cuba produk ni. Selalunya ummi akan buat kajian sedikit berkenaan produk yang ingin ummi gunakan. Iyalah, kalau kulit muka dah rosak, susah untuk dipulihkan. Jadi berhati-hati gunakan produk kecantikan skincare harian kita.

Matlamat ummi untuk kulit wajah bukan nak putih sebab ummi ni, kulit jenis kuning langsat. Harus kekalkan warna asal. Cuma ummi nak kulit ummi bersih dari cela. Tak nak jerawat dan jeragat. Takut ummi.

Bila umur ummi nak masuk 4 siri ni, lagi ummi memberi perhatian dengan kesihatan ummi. Jaga kesihatan untuk kebahagian di kemudian hari. Orang kata, biar sihat sampai ke hujung nyawa. Bukan main lagi ummi ni kan.

Semoga pembaca-pembaca blog ummi senantiasa menjaga kesihatan. Agar hidup selalu dalam senyuman, aman bahagia. Insya Allah. Aamiin.

Salam kasih sayang dari ummi kisahku untuk pembaca semua.

Perniagaan membuatkan ummi benar- benar tawakal kepada ALLAH SWT sebab REZEKI rahsia ALLAH SWT.

Jom Berniaga ... Berniaga Sunnah Rasulullah SAW. 

Rabu, 20 Januari 2016

Wanita yang paling bahagia di dunia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Teks                : Raihan Ahmad
Gambar            : Koleksi gambar dari koleksi album ummi
Catatan Entri    : 14






Apa khabar para pengunjung blog ummi. Ummi doakan semuanya sihat-sihat hendaknya. Ini buku terbaru dalam rak bacaan ummi. Siapa yang hobi dia suka membaca , boleh senyum depan komputer. Senyum itu sedekah. Senyum pada diri sendiri sebelum beri senyum pada orang lain.

Buku ini, sangat bagus untuk dibaca.Ada 350 muka surat. Tidak terlalu tebal. Bila kita buka sahaja, aura wanita yang paling bahagia di dunia terus meresap ke jiwa. Tidak percaya? Jom baca.

Ummi kongsi sedikit kata-kata yang terkandung di dalam buku ini. Muka surat 109. "Ingatlah air mata yang berlinangan dan hati yang pernah dilukai, Tahukah kamu, jika malam telah sempurna gelitanya, pagi akan datang dengan cahayanya?

Sangat indahkan kata-kata itu. Banyak yang tersirat dari ungkapan itu. Bagi mereka yang punya fikiran aras tinggi, maka dia boleh mentafsirnya. Macam pelajar sekolah pulak ummi ini.

Wanita, banyak yang perlu ditempuhi. Nama pun manusia. Dunia ini adalah tempat ujian. Sebab itu kita bergelar Khalifah Allah. Tanggungjawab yang sangat berat. Bersediakah kita untuk kembali kepada pencipta kita dengan jawapan-jawapan . Layakkah kita melangkah ke syurga yang menjadi idaman seluruh mahkluk Allah.

Fikirkan

Ummi senantiasa berdoa , agar ummi boleh jadi wanita yang paling bahagia di dunia. Insya Allah. Aamiin.


Salam kasih sayang dari ummi kisahku untuk pembaca semua.

Perniagaan membuatkan ummi benar- benar tawakal kepada ALLAH SWT sebab REZEKI rahsia ALLAH SWT.

Jom Berniaga ... Berniaga Sunnah Rasulullah SAW. 

Jumaat, 8 Januari 2016

2016

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Teks                : Raihan Ahmad
Gambar            : Koleksi gambar dari koleksi album ummi
Catatan Entri    : 13


Alhamdulillah ...


2015 telah menutup tirainya. Kini lembaran baru pun bermula. 2016 , moga datangnya memberi seribu warna-warna keindahan, Insya Allah. Aamiin.

Apa khabar kepada pembaca-pembaca blog ummi. Didoakan agar semua dalam keadaan sihat dan ceria selalu. Lama betulkan ummi tidak menulis catatan baru. Ummi masih di sini. Senantiasa melihat dari jauh blog-blog kesayangan ummi. Ummi memilih untuk berdiam diri dari menulis. Bukan merajuk tetapi lebih kepada memandang.  

Gambar di atas ummi ambil di pagi Aidilfitri 2015. Keluarga sebelah En Suami  ummi. Kenangan di pagi raya. Cukup indah, Alhamdulillah. Pastinya semua orang mempunyai kenangan masing-masing. Adakala kenangan kita itu buat kita tersenyum dan adakala kenangan kita itu buat kita menangis. Itulah namanya kehidupan. Penuh dengan ujian-ujian . 

Ummi berdoa, semoga tahun baru ini, ummi senantiasa dikelilingi dengan  aura-aura positif. Ummi belajar membina senyuman yang paling indah dan ummi bersyukur dengan setiap nafas yang diberi Illahi.

Salam kasih sayang dari ummi kisahku untuk pembaca semua.

Perniagaan membuatkan ummi benar- benar tawakal kepada ALLAH SWT sebab REZEKI rahsia ALLAH SWT.

Jom Berniaga ... Berniaga Sunnah Rasulullah SAW.